Tuesday, December 6, 2011

Patah Seribu


Ya. Itu adalah sebuah tajuk lagu yang sedang popular di corong-corong radio. Entah kenapa, lagu itu begitu menusuk ke dalam hati aku setiap kali mendengarnya. Mungkin itu adalah kerana, apa yang sedang aku lalui kini, tertulis dalam bait-baik lagu Shila Amzah.

Kisah cinta aku tidaklah seagung Laila & Majnun atau setanding Shah
Jahan kepada Mumtaz Mahal. Tapi persamaannya terletak pada ketidaksampaian cinta aku pada kemuncaknya. Kisah ini Kisah cinta
yang terhenti di tengah jalan.

Tiada Jodoh. Itu lebih senang untuk menggambarkan segalanya daripada aku pelru huraikan kembali setiap duri dan sembilu yang pernah menikam hubungan kami ini.

Sebenarnya kisah aku ini telah berakhir pada 25 September yang lalu. Aku tahu, tempoh sebulan yang pertama itu, adalah mustahil untuk melupakan orang yang telah kita kasihi selama 7 tahun. Tapi, siapa
sangka, bulan kedua aku telah mampu mengatasi segala kedukaan itu. Aku kembali senyum, ketawa dan segalanya kembali normal. Aku keluar dengan kawan-kawan, mula berani menjejak kaki semula ke
tempat-tempat yang pernah aku dan si dia pergi dulu.

Jadi apa yang patah seribu? =)

Selebihnya... Terjawab melalui lirik lagu ini. 


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang
Kita bina bersama
Haruskah ku lupa karena engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap berasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua
Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang
Kita bina bersama
Haruskah ku lupa karena engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…

Shila Amzah, Patah Seribu, 2011.

Wednesday, April 27, 2011

Hati Anakanda, Setia Di sini.

Lama ku menghilang. Menghilang dengan membawa sekeping jiwa yang lusuh. Lusuh kerana hatinya telah kehilangan pelita abadi. Bonda…

Bonda telah selamat pulang ke rahmatullah. Semoga rohnya tenteram dan dicucuri rahmat. Sesungguhnya anakanda merinduimu setiap masa dan detik. Namun pemergian bonda anakanda redhai sepenuh hati, daripada mata anakanda ini terpaksa menyaksikan derita bonda.

Agaknya, apakah khabar bonda di sana…?

Apa pun, anakanda telah kembali dengan kehidupan duniawi. Bekerja seperti biasa… dan mengharungi segala liku hidup seperti dulu. Bezanya, tiada lagi yang akan bertanya pada anakanda sihat atau tak… makan atau tak… berduit atau tak… bila nak balik…? 

Anakanda kehilangan segala pertanyaan itu. Namun, anakanda masih bersyukur. Masih ada ayahanda yang menggantikan tugas arwah bonda.

Kini, ayahanda yang sering menelefon anakanda… bertanyakan khabar… “dah makan ker…?”, “ayah bawak balik ikan merah…!”, “keje ker…?”

Tak sangka! Tugas baru ayahanda ini…sedikit sebanyak menggantikan rindu pada bonda. Terima kasih, ayahanda.

Bonda,
Rupanya…begini rasanya hidup tanpa bonda di sisi. Kalau dulu jauh di mata, tapi bonda tetap di muka pintu menantikan anakanda setiap kali pulang. Namun kini… bonda juga jauh di mata, malah lebih jauh hingga tak tercapai akal anakanda memikirkannya.

Janganlah risau bonda. Anakanda tabah hadapi segalanya. Anakanda sedang gigih mengejar cita-cita. Anakanda akan buat bonda tersenyum walau di mana pun bonda berada.

Kata orang… bila kita rindu atau teringat sangat pada orang yang telah tiada, itu bermakna orang itu sedang hampir dengan kita. Jadi… adakah bonda sedang hampir dengan anakanda pada malam ini. Terasa dingin menyentuh hati ini, bagai beku mencengkam setiap deru. Anakanda redha dengan apa yang mengusik jiwa ini.
 
Hati yang pergi, tiada kembali. Hati yang tinggal, setia menanti.  

Monday, June 14, 2010

KISAH HARI INI...

HARI ini masih sama. tak ada banyak bezanya dengan semalam yang juga sama seperti semalam kepadanya. sampai bila...?

hari ini juga kisahnya sama seperti semalam. bondaku terbaring layu dengan nafas yang longlai. seolah-olah dunia sekitarnya tidak lagi penting untuk diendahkan. seperti dia kini hanya dirinya, tanpa ada anak2 atau suami yang tidak pernah curang menanti di sisi katil. agaknya...di mana bonda pergi hingga sungguh asyik bermain tanpa mengingati kami lagi yang masih setia menanti. bonda pergi terlalu jauh hingga sukar untuk kembali lagi ke?

Thursday, June 10, 2010


rasanya dah lama aku tgglkn dunia blog ini. sbb aku rsakan hdup aku ni x perlukan medan lagi utk aku luahkn segalanya. tapi segalanya tak seperti yg aku jngka. yang aku jangka, aku mungkin blh pendamkan segalanya dlm buku hati dan biarlah jiwa aku sdr yg tahu ttg aku. tp meleset harapan aku. kerana rupanya aku tidaklah setabah itu utk pendam semua rasa. jd aku kmbali ke medan blog ini utk menceritakan beban2 yg dipikul slama ini. beban yg smakin memberat dari hari ke hari. ini mgkin bukanlah kisah terindah seperti org lain...kisah ini juga...bukanlah kisah maha sedih seperti org lain. ini cuma kisah aku yg hanya aku fahami kegembiraan dan kesedihan itu juga hanya aku yg tahu.

kisah aku hari ini, berat nak diceritakan... secara ringkasnya, bondaku sedang menitip hari-hari terakhirnya. bondaku sedang terlantar kesakitan.bondaku berjuang antara hidup dan ajal. bondaku akan pergi utk selamanya. itu pasti. bila...? itulah kisahku yg sedang aku jalani...ibarat melangkah menuju ke hari kematian ibuku dengan mata tertutup. jika kaki ini terhenti melangkah, dan bila mata dibuka...itulah harinya. hari di mana tiada lg bondaku.tiada lg insan yg hendak kupanggil 'emak' setelah pulang dr kerja. tiada lg nasi dagang istimewa setiap pagi raya. tiada lg insan yg membelai lembut rambutku di waktu malam...

kisah ini belum tamat...kisah penderitaan bondaku telah lama berputar dengan roda usang. bondaku trlalu lama berjalan di atas jalanan berduri. akhirnya perjalanannya terhenti dengan langkah yang longlai, terduduk mengah, berpaling dengan senyuman serta melambai lembut pada anak-anaknya. kini bonda tidak lagi terduduk...bonda terbaring dengan sekeping senyuman di wajah sayunya. senyuman yang menjadi tanda buat kami semua agar terus tegar bertahan agar ia kembali menjadi kekuatan pada bonda meneruskan nafas2 terakhir. aku cuba membalas senyuman bonda. ternyata bondaku lebih tabah untuk tersenyum. aku kalah.

kisah hari ini, bonda sedang terbaring, pucat dan tak bermaya. aku masih belum pasti bagaimana keadaannya secara tepat kerana posisi aku ketika ini masih di bangku pejabat. dalam timbunan kerja, jemariku bergelojak mahu menaip di papan kekunci. menaip bait2 kata tentang kisah aku. lalu sebentar tadi, laju saja tapak tangan mengheret tetikus pada laman sesawang 'blogspot'. mungkin kerana akalku tidak lg seimbang dgn logik perasaan. aku gundah.

kisahku terhenti di sini saja. aku terlalu sedih untuk terus menaip memori2 terakhir tentang kisah bondaku. mgkin esk saja aku sambung. lagipun, aku nak cepat balik rumah ptg ini. ada bonda sedang sakit, menanti para anakanda membawanya ke hospital.

tuan punya kisah,

anira.